“Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung”
Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular sebelum ini.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,22, berkata, dia tidak akan melakukan perkara seumpama itu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.
“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.
Tambah Meerqeen, dia telah berhubung dengan Syafiq Kyle menerusi mesej untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.
Dalam masa sama, Meerqeen mengaku lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri sejak gosip berkenaan hangat diperkatakan.
“Kenapa saya perlu menjawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.
Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.
Netizen membuat spekulasi dan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners.
Gosip itu hangat diperkatakan selepas Mimi Lana dan Syafiq Kyle membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.