Kaedah ini dilakukan dua kali seminggu jika psoriasisnya ‘flare-up’.
Mungkin ada yang tak pernah tahu, Kim Kardashian sentiasa bersikap terbuka apabila bercakap tentang penyakit psoriasis yang dihadapinya sejak tahun 2011.
Bekas isteri Kanye West ini pernah berkongsi di Instagram, bagaimana dia menggunakan ‘tanning bed’ untuk merawat psoriasis apabila menjadi teruk. Tetapi kaedahnya itu mendapat tentangan orang ramai kerana ia boleh menyebabkan pembentukan sel kanser. Tetapi Kim menerangkan ‘tanning bed’ itu tidak digunakan dengan kerap dan hanya apabila ia menjadi teruk sahaja.
Selain daripada ‘tanning bed’, Kim turut mempunyai alternatif lain untuk merawat psoriasisnya. Dalam sebuah posting IG Story miliknya, Kim menunjukkan kaedah balutan kakinya untuk mengurangkan psoriasis menjadi teruk.
Untuk melegakan sedikit keadaan psoriasis, Kim menyapu krim dan membalut bahagian kakinya dengan bungkusan plastik makanan atau lebih dikenali sebagai Saran-wrapping. Kemudian dia biarkan semalaman balutan plastik itu.
Pada keesokkan harinya, dia menunjukkan hasil balutan dan krim yang disapu itu telah mengurangkan keradangan serta keterukan psoriasis yang dialaminya.
Memetik kenyataan De Anne Collier, MD, menjelaskan kaedah balutan Kim ini berkesan kerana ia memerangkap kelembapan dan haba serta meningkatkan penyerapan pada tahap maksimum. Malah katanya lagi, kaedah ini turut melembutkan sisik psoriasis dan memperbaiki tompokan merah pada kadar yang lebih cepat.