Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlami Sindrom Skeeter, IU Dedah Reaksi Alergi Ini Yang Terjadi Pada Badan...

    Alami Sindrom Skeeter, IU Dedah Reaksi Alergi Ini Yang Terjadi Pada Badan Apabila Digigit Nyamuk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muncul di program radio Yoo In Na, pelakon-penyanyi Korea Selatan iaitu IU (atau nama sebenarnya Lee Ji Eun) telah mendedahkan dia mengalami Sindrom Skeeter, reaksi alahan yang teruk terhadap gigitan nyamuk.

    Menerusi segmen “This or That” semasa program tersebut, In Na bertanya soalan berkaitan dengan nyamuk kepada IU, “Adakah anda lebih suka terganggu dengan bunyi nyamuk sepanjang malam tetapi tidak digigit, atau tidak mendengarnya sama sekali tetapi bangun dengan gigitan nyamuk?”.

    YouTube videoYouTube video

    Mendengar soalan tersebut, IU dengan segera menyatakan keengganannya terhadap kedua-dua pilihan. Malah dia turut menjelaskan bahawa dia mempunyai alahan terhadap sengatan nyamuk yang teruk, di mana gigitan akan mula membengkak dan melepuh sehingga dia perlu mengambil ubat antibiotik.

    “Saya sangat tidak sukakan kedua-dua senario. Bila saya digigit nyamuk, tempat gigitan akan jadi bengkak dan melepuh dengan serta-merta. Dalam kes ini, saya perlu ambil antibiotik untuk pulih.”

    View this post on Instagram

    A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

    Bukan itu sahaja dia juga berkongsi bagaimana nyamuk suka menyengat wajahnya. Dan sehingga sekarang dia masih ada parut akibat gigitan nyamuk yang dialami semasa kecil, dan tisu kulit di kawasan tersebut pada dasarnya “mati”.

    “Saya pernah lakukan akupuntur di kawasan ini dan saya tak lagi berasa sakit. Saya lebih benci nyamuk berbanding lipas”, luahnya.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts