Kehadiran pasangan pempengaruh media sosial, Marissa Dania dan suami, Aslam ke majlis pelancaran produk milik usahawan kosmetik iaitu Aleeya Zailan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Marissa bukan duta produk
Sejak daripada itu, ramai dalam kalangan wargamaya mahu memboikot produk keluaran Avenys selepas beranggapan bahawa Marissa merupakan duta produk tersebut.
Susulan itu, Aleeya yang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd tampil menjelaskan persoalan ramai berhubung kehadiran pasangan itu ke majlis pelancaran Sun Specturm +, baru-baru ini.
Pelik macam mana netizen boleh kata Marissa tu duta Avenys. Tu Dr Say atas pentas jadi panel bagi insight cara pemilihan sun screen yang betul, tak ada pula orang kata dia duta produk.
Marissa yang datang, duduk dengar talk je pun jadi fitnah dan nak boikot-boikot.
Sementara itu, isteri kepada usahawan Azri Aziz ini juga akui enggan melayan persepsi negatif orang yang menganggap kehadiran Marissa di majlis tersebut sebagai salah satu bentuk promosi.
Avenys ada ramai pengguna yang selalu bagi Aleeya dan team positif feedback dan nasihat baik-baik.
Rasa disayangi dan dihargai sangat-sangat. Jadi kepada orang-orang yang berfikiran negatif terhadap saya tu, biarlah. Kelilingi diri kita dengan orang yang positif, insyaAllah kita pun jadi positif.