Sebelum ini kecoh mengenai hubungan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Namun, sedikit sebanyak timbul pelbagai reaksi orang ramai mengenai berita tersebut kerana umum mengetahui tentang perbezaan status agama mereka dimana Rizky merupakan seorang muslim manakala Mahalini penganut Hindu.
Mendapat Perhatian Ketua Mahlis Ugama Indonesia
Perkhabaran tentang tarikh perkahwinan pelantun lagu Sial dan Cuek itu turut mendapat perhatian Ketua Majlis Ulama Indonesia.
Menerusi perkongsian di platform X, Cholil telah menegaskan jika pernikahan beza agama tidak sah dan hukumnya sama dengan berzina.
Terbaru pada 10 Mei yang lepas, segala persoalan terjawab apabila Rizky Febian dan Mahalini melangsungkan akad nikah pada Jumaat di Hotel Raffles Jakarta.
Menjawab Segala Persoalan Mengenai Perbezaan Agama
Dalam muat naiknya di Instagram, Rizky Febian menzahirkan rasa syukur dengan pernikahan tersebut.
Alhamdulillah SAH!
Hal ini sekaligus menyangkal mengenai dakwaan beberapa individu yang kononnya Mahalini dan juga Rizky berkhawin walaupun memiliki perbezaan dari segi agama dan kepercayaan.
TRizky Febian dan Mahalini turut bergambar memperagakan cincin perkahwinan mereka. Mereka kelihatan gembira dan bersedia untuk memasuki fasa baru kehidupan sebagai suami isteri.