Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlif Hadi Kunci Mulut Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Nanti...

    Alif Hadi Kunci Mulut Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Nanti Jadi Spill The Tea Satu Malaysia Pulak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Alif Hadi bertindak kunci mulut tentang hubungannya dengan bekas suami Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali.

    Artikel berkaitan: Yasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal Kahwin – ‘Masuk 3 Tahun Kami Berkawan’

    Artikel berkaitan: Bekas Suami Hormat Yasmin Hani Sudah Berpunya, Bercuti Bersama Atas Pemintaan Anak-Anak – ‘Kami Tetap Kawan’

    Tiada hak untuk menghalang

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Alif mengatakan dia tidak boleh menghalang anak-anak daripada berjumpa dengan Yasmin bersama dengan bapa kandung mereka. Kata Alif, dia bukan seorang yang hanya mementingkan perasaan sendiri.

    Bukan saya seorang je, ramai yang cakap ‘boleh ke, kau tak rasa apa ke?’ saya macam ‘nak aku buat apa?’. Tak kan aku nak halang anak-anak mereka jumpa ibu bapa mereka sendiri, luangkan masa bersama dan sebagainya

    Saya tak mahu pentingkan diri. Kita pun tak ada di tempat anak-anak dia. Rasanya susah nak jumpa ibu bapa yang dah bercerai boleh pergi bercuti bersama. Walaupun sukar untuk ditelan.

    Hubungan dengan bekas suami Yasmin

    Disoal tentang hubungan dengan bekas suami Yasmin, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

    Hmm itu rasanya biarlah rahsia. Saya pun tak nak buka cerita apa-apa nanti dia pula buka cerita. Kang jadi ‘spill the tea’ satu Malaysia pulak.

    Walaupun ada macam-macam yang saya boleh bercerita tapi saya rasa benda ni biarlah simpan sendiri. Sekarang ni saya fokus dekat Yasmin dan anak-anak dia.

    Yang selebihnya itu tak boleh lah. Dia bukannya yang menentukan periuk nasi dan nasib hidup saya. Segalanya Tuhan yang berikan jadi fokus pada itu sahaja.

    Dalam pada itu, Alif menafikan hubungannya dengan Yasmin masih belum ke arah perkahwinan mempunyai kaitan dengan bekas suami teman wanitanya itu.

    Tak juga. Sebenarnya banyak lagi benda-benda lain yang kami kena perbaiki lagi. Kalau setakat itu sahaja, itu bermakna saya tak serasi bersama ibu tunggal yang pernah ada anak dengan bekas suami yang belum mati lagi.

    Saya pun tak boleh menghalang dia dan hak anak dia untuk berjumpa dengan bapa mereka. Itu bukan salah satu, banyak lagi perkara lain. Kalau kalian di tempat kami, mesti akan faham benda ni.

    ALSO READ:  Digelar Duda Paling ‘Hot’, Fattah Amin Syukur Atas Sokongan Ramai – ‘Tanpa Mereka, Tidak Berdirilah Saya Di Sini’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts