Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlif Satar Dipuji Netizen-“Bagus Betul Dia Ajak Pengikut Media Sosialnya Untuk Kumpul...

    Alif Satar Dipuji Netizen-“Bagus Betul Dia Ajak Pengikut Media Sosialnya Untuk Kumpul Saham Akhirat Bersama!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama Alif Satar adalah kenamaan dalam industri seni Malaysia. Alif merupakan seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di Malaysia.

    Beliau merupakan anak sulung dari empat beradik dan bermula karier dalam bidang nyanyian melalui pertandingan realiti One in a Million sebelum melanjutkan kerjaya dalam bidang pengacaraan.

    Alif Satar juga kerap muncul dalam drama dan filem tempatan yang menjadikan namanya semakin dikenali. Beliau mudah didekati oleh peminat kerana sikapnya yang ramah dan tidak sombong.

    “Solat Subuh Ramai Macam Solat Jumaat”

    Baru-baru ini, tular mengenai Alif Satar yang mengajak pengikut laman media sosial miliknya untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Tindakan tersebut disambut baik apabila Alif Satar tidak menjangka akan ramai yang menghadiri solat subuh yang diadakan di Masjid Saiyidina Omar Ibni Al-Khattab.

    Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @szoboszlai_rby yang meraih perhatian ramai apabila dia turut serta untuk solat subuh secara berjemaah bersama Alif Satar.

    Link Video:

    Menyahut seruan #gengsubuhmacamjumaat | Alifsatar | TikTok

    Ramai yang memuji tindakan Alif Satar yang mengajak pengikut media sosialnya untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Mereka turut berharap selebriti lain akan mengikut jejak langkah Alif Satar ini.

    “Moga lebih ramai lelaki pergi solat subuh seperti solat jumaat, dan mudahan melakukan kerana ikhlas. Kami perlukan ramai artis macam Alif Satar”

    “Aku harap ramai influencers kat luar sana yang jadi seperti Alif Satar”

    “Terbaik anak muda, vibe macam ni kita bangga. semoga terus istiqamah”-kata mereka

    Terlepas dari itu, semoga apa yang kita lakukan adalah kerana Allah S.W.T dan bukan kerana manusia. Semoga segala urusan kita diberkati di dunia dan akhirat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah – ‘Mungkin Sebab Cuaca’

    Apa pendapat anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts