Semua sedia maklum bahawa Alif Satar merupakan individu yang memulakan program Geng Subuh Macam Jumaat.
Mendapat Perhatian Warga Net
Program seperti itu telah mendapat perhatian dari ramai warga netizen tidak mengira umur. Sejak dari dahulu lagi, program tersebut sentiasa mendapat sambutan oleh netizen.
Terbaru jika dilihat hantaran Alif menerusi instagram miliknya, dia kali ini megajak para penunggang motosikal untuk bersama-sama dengannya ke Genting Highlands.
Saje je… Kot-kot ada yang nak ikut Geng Subuh Macam Jumaat. esok! Jom!
Aku naik scooter vespa esok… tayar golek jam 4.30am.
Tulis Alif bersahaja, dia pada mulanya hanya mengajak sesiapa sahaja yang mahu menyertainya untuk ke Genting Highland untuk solat subuh di Masjid Yayasan Mohamed Noah, Genting Highlands.
‘Last Minute” Tetapi Mendapat Perhatian
Tanpa disangka Alif, walaupun ajakannya itu boleh dikatakan ‘last minute’, tetapi dia mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari golongan muda.
Alhamdulillah orang muda boleh bangun subuh. Lepas ni kita teruskan lagi! #gengsubuhmacamjumaat
ps:Terima kasih buat semua panglima subuh yang datang harini.
Tulis Alif lagi, dia juga berhajat untuk meneruskan lagi program tersebut di Negeri lain pula.
Katanya, perancangan secara saat-saat terakhir inilah kadang-kadang menjadi lebih seronok dan menjadi.
Melihat diruangan komen, rakan-rakan selebriti dan netizen turut memuji tindakan Alif tersebut.
Malah ada juga yang mengatakan bahawa mereka akan turut serta dengan Alif untuk program yang seterusnya.