Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlif Satar Terharu ‘Projek Geng Subuh’ Dapat Sambutan Meluas, Niat Mahu Kuatkan...

    Alif Satar Terharu ‘Projek Geng Subuh’ Dapat Sambutan Meluas, Niat Mahu Kuatkan Benteng Rohani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selebriti serba boleh, Alif Satar, mengakui terkejut dan terharu dengan sambutan baik yang diterimanya menerusi Projek Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkannya bagi mengajak pengikut di laman sosial untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.

    Menurut Alif, kesedaran untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah timbul apabila seorang ustaz di dalam kelas agama mengatakan cara untuk memenangi perlawanan dengan Israel ialah dengan menguatkan benteng kerohanian menerusi solat subuh berjemaah di masjid.

    “Dalam kelas agama, ada seorang pelajar tanya ustaz, macam mana cara kita nak menang menentang Israel. Ustaz kata, solat subuhlah di masjid. Macam mana nak menang lawan Israel kalau mengantuk pun kita takut? Kata ustaz lagi, kita boleh berarak beribu-ribu orang, tapi kalau subuh tidak ramai, tiada apa-apa yang terjadi.

    “Kata-kata itu begitu menginsafkan sebab saya sangat terkesan dengan isu yang terjadi di Palestin. Saya mulakan dengan diri sendiri dahulu. Saya tidak mahu hanya bercakap di media sosial tentang Palestin, tapi juga bersolidariti di masjid sesuai dengan pesan nabi untuk solat subuh di masjid berjemaah.

    Penyanyi Cukup Indah itu mula memulakan tanda pagar Geng Subuh Macam Jumaat menerusi Instagram dan mengajak pengikut di laman sosial untuk menyertainya solat subuh di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Ahad lalu.

    “Alhamdulillah, masjid nampak lebih muda sekarang. Ada yang sanggup tidur di masjid pada malam sebelum untuk subuh berjemaah bersama. Ada datang dari jauh semata-mata ingin solat di masjid kawasan rumah saya di Bukit Damansara. Ia membuatkan saya terfikir untuk pergi ke kawasan masjid sekitar Lembah Klang pula.

    Sebelum ini, Alif pernah berkongsi tangkap layar ahli jawatan kuasa masjid memaklumkan jemaah masjid semakin bertambah kerana ramai yang ingin menyertai kempen Geng Subuh Macam Jumaat anjuran selebriti itu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts