Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlif Satar Teruja Apabila Sonny Bill Williams Sertai Geng Subuh Seperti Hari...

    Alif Satar Teruja Apabila Sonny Bill Williams Sertai Geng Subuh Seperti Hari Jumaat, Harap Kempen Akan Berterusan Di New Zealand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan dirinya begitu teruja apabila bintang ragbi dunia, Sony Bill Williams turut sama hadir mengimarahkan lagi kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkan Faith Events di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi Sabtu.

    Harap dibuat di New Zealand

    Ketika ditemui , Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia berasa sangat bersyukur selepas doa dan impiannya untuk Sonny menyertai kempen yang dimulakannya itu dimakbulkan Allah SWT.

    Alhamdulillah, Allah S.W.T sudah mendengar doa saya supaya brother Hamza (Sony Bill) dapat bersama-sama menjayakan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini.

    Saya sangat bersyukur bila dapat tahu Faith Events mengundang Williams untuk menyertai program ini.

    Williams mempunyai pengaruh yang sangat besar, bermula dari kisah dirinya memeluk agama islam, kisah hidupnya juga menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

    Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Reeza’ arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang diadakan di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada petang Ahad.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Jangan Nakal’ tersebut juga menanam impian besar agar kempen tersebut dapat diteruskan di New Zealand melalui pengaruh yang ada pada Sonny Bills.

    Walaupun kami baru kali pertama berjumpa tapi seperti sudah kenal lama. Sonny juga menyambut baik perancangan saya untuk meneruskan kempen ini hingga ke peringkat dunia.

    Terima kasih saya ucapkan kepada dia kerana sudi menjayakan kempen anjuran Faith Event ini dan Insya-Allah,  kempen dapat diteruskan di New Zealand pula selepas ini.

    Terdahulu, hampir 5,000 jemaah yang terdiri daripada semua lapisan umur hadir bagi menjayakan kempen tersebut.

    ALSO READ:  Karya Malaysia Menonjol Pada Satu Majlis Di Beijing Bersempena Pertandingan Filem Pendek Cegah Penipuan

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Na’im Mokhtar berpendapta, antara daya tarikan yang berjaya menbuatkan kempen tersebut mendapat sambutan adalah kehadiran Sonny Bill yang turut hadir memeriahkan program tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts