Pada 28 April lalu berlangsungnya showcase Alif Satar & The Locos di St John’s, Hyde Park, London.
Namun lokasi persembahan yang mereka pilih telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Persembahan dalam gereja?
Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa Alif dan kumpulannya telah melakukan persembahan mereka di dalam gereja.
Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar dakwaan individu terbabit dan mempertahankan Aliff.
Jauhilah fitnah.
Ini dewan orang ramai. Tempat tu nama Hyde Park.
Itu bukan gereja, itu event space, boleh Google.
Dalam masa yang sama, hantaran tersebut juga telah meraih perhatian penyanyi berusia 33 tahun itu.
Tak apa la bro, kau tak tahu.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati individu tersebut telah bertindak memadam hantaran berkenaan.
Penjelasan rakan Alif
Menerusi perkongsian seorang individu yang dipercayai rakan kepada Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, tampil menjelaskan tentang pemilihan lokasi persembahan tersebut.
Difahamkan dewan berkenaan sering disewakan untuk pelbagai majlis. Zaidan juga percaya Alif takkan mengambil mudah dalam memilih lokasi persembahannya.
Sementara itu, Alif juga dilihat mengulang siar (repost) hantaran berkenaan di IG miliknya dan berterima kasih kepada sahabatnya itu.