Pengaruh media sosial, Alif Teega menjadi perbualan ramai selepas membuat pengakuan mengejutkan mengenai dirinya yang berkahwin buat kali kedua bersama seorang wanita pada 18 November lalu.
“Saya Sudahpun Bernikah…”
Aliff yang juga suami kepada pengaruh media sosial, iaitu Aisyah Hijanah menerusi hantaran di Instagram tampil menyampaikan berita perkahwinannya itu untuk menjawab segala spekulasi dan fitnah mengenai dirinya.
“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.”-tulis Alif
Aisyah ‘Wanita Pilihan Allah’
Menyifatkan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah adalah ‘wanita pilihan Allah’ yang kuat dalam menghadapi ujian yang mendatang, Alif turut memohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan hinaan lagi mengenai isu berkenaan.
“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yg subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dgn kekuatannya dlm hadapi setiap ujian yg datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia.
Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, hinaan, lagi tentang hal ini dan biarlah segala yg telah berlaku diakhiri di sini sahaja.”-tulis Alif lagi
Sekadar info, Aliff dan Aisyah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata.
Apa komen anda?