Pempengaruh media sosial, Alif Teega yang sebelum ini sekian lama berdiam diri akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas namanya dengan isteri yang juga pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dikaitkan dengan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma untuk kepentingan peribadi.
Alif menerusi hantaran di Instagram, menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak terlibat dengan komisyen derma sebanyak 20%, malah wajah mereka juga digunakan tanpa kebenaran.
“Ini terakhir dari saya. Selepas ini saya dah tak mahu layan. Pertama, Saya dan Aisyah tidak terlibat dengan komisyen sebanyak 20% yang dinyatakan dalam pdf Jomdonate.
Namun, wajah saya dan aisyah digunapakai tanpa consent dan setelah tersebar pada tahun 2022 baru kami maklum tentang pdf tersebut. Mungkin ditawarkan pada influencer lain tapi bukan pada kami. Rujuk Jomdonate.”-tegas Alif
“Kalau Betul, Bawalah Segala Bukti Ke Mahkamah…”
Tambahnya lagi, dia turut meminta penyebar fitnah untuk tidak bersembunyi dan tampil memberikan bukti jika dia dan isteri terbukti bersalah.
“Saya lihat dan meneliti, modus operandi geng2 begini adalah, dengar satu cerita, tanpa selidik dengan cara yang betul, tanpa tanya pada orang yang tepat, terus disebarkan. cross check juga dengan saya.
Kalau betul, bawa lah segala bukti ke mahkamah. tak apa, saya rahsiakan identiti awak. Jangan sembunyi sebalik keyboard.
Apa lagi? nak londehkan benda yang tak betul? nak malukan saya? entah dapat dari mana. Sampai mesej staff saya. Saya ada screenshot. Buatlah! nama Alif Teega ni dah memang kena hentam. Tak heran pun. tapi Sekurang2nya saya tak sembunyi disebalik keyboard. Saya wujud, saya munculkan diri. saya tetap turun padang. saya beranikan diri.”-tulis Alif lagi
View this post on Instagram
Apa komen anda?