Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Aziz Dedah Bella Astillah Curang Semasa GV Berlangsung, Nabil Respon –...

    Aliff Aziz Dedah Bella Astillah Curang Semasa GV Berlangsung, Nabil Respon – ‘Saya Lihat Mereka Sebagai Loving Couple’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff AzizAliff Aziz

    Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan isterinya, Bella Astillah berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan aktor Muaz Zabir sewaktu dia sedang bertanding dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), tahun lalu.

    ‘Loving couple’

    Aliff AzizAliff Aziz

    Bagaimanapun, hos rancangan tersebut iaitu Nabil Ahmad berkata dia tidak nampak sebarang tanda-tanda pasangan itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

    Malah, Nabil memberitahu sering melihat Aliff dan Bella bersama dan kelihatan sebagai pasangan bahagia.

    Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka (Aliff dan Bella) sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya.

    Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama.

    Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Chef Ismail, Putrajaya, pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Nabil menyifatkan dugaan yang melanda rumah tangga Aliff dan Bella sebagai ujian buat mereka.

    Katanya juga, orang ramai hendaklah mendoakan yang terbaik agar pasangan itu menemui titik perdamaian.

    Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia.

    Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka.

    Saya sebagai orang yang sudah berkeluarga terfikir bagaimana jika ujian sebegitu datang pada saya. Semua orang ada kisah silam, manusia tidak lari dari berbuat khilaf.

    Sebelum ini, menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff berkata dia mengetahui mengenai hubungan Bella dan Muaz pada 13 November 2023 iaitu selepas membaca perbualan mesej mereka di telefon bimbit isterinya.

    ALSO READ:  Wanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan Kembar Tiga – ‘Dia Cakap Kalau Bagi Tak Luak Pun’

    Kata pelantun lagu Sayang-Sayang itu, beberapa bulan sebelum itu, rumah tangganya masih dalam keadaan baik meskipun Bella sudah menunjukkan perubahan.

    Aliff juga tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam kontroversi membabitkan namanya.

    Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Keputusan itu dibuat susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

    Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayang dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

    Tidak berhenti di situ, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dia kekasih Aliff sejak Januari lalu.

    Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap skrin layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies dalam usaha ingin menjatuhkan Bella.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts