Pelakon Aliff Aziz dilanda air mata apabila wanita yang didakwa sebagai kekasih gelapnya, Sarah Yasmine, mengancam untuk meninggalkannya selepas satu pergaduhan baru-baru ini.
Dalam satu rakaman yang dikongsi oleh Sarah, situasi suami kepada Bella Astillah itu teresak-esak sambil merayu, menunjukkan betapa terkesan dan tergugatnya hatinya.
“Adalah pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.
“Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan jadi begini (menangis dan merayu),” katanya pada temu bual dengan sebuah portal.
Meskipun Aliff menangis dan merayu, Sarah menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk mengakhiri hubungan mereka. Ancaman itu hanyalah sebagai amaran agar Aliff meninggalkan tabiat buruknya.
“Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis,” ujarnya.
Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, yang berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah. Drama dan ketegangan dalam hubungan ini semakin mengukir nama mereka di kalangan peminat selebriti.