Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Aliff Aziz & Ruhainies Berduka Dalam Kereta, Menggunakan Panggilan Sayang’

    ‘Aliff Aziz & Ruhainies Berduka Dalam Kereta, Menggunakan Panggilan Sayang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ruhainies aliffruhainies aliff

    Seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z mendedahkan hubungan antara pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ketika berada di set penggambaran drama Terjerat.

    Pernah nasihat Aliff

    aliff ruhainiesaliff ruhainies

    Memetik laporan Harian Metro, Mr Z mendakwa pasangan itu mempunyai panggilan mesra iaitu ‘baby.’ Malah, Aliff dan Ruhainies didakwa kelihatan lebih akrab berbanding hubungan dengan pelakon lain.

    Bukan itu saja, dakwa Mr Z, mereka pernah meluangkan masa bersama duduk di dalam kereta.

    Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama.

    Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.

    Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies.

    Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby.

    Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.

    Datang set penggambaran bersama

    Selain itu, Mr Z berkata dia pernah beberapa kali melihat pasangan tersebut datang ke lokasi penggambaran bersama biarpun ‘call time’ mereka berbeza.

    Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

    Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai keputusan Bella Astillah menarik diri daripada memegang watak sebagai adik kepada Ruhainies dalam ‘Terjerat’, Mr Z menyifatkan itu adalah satu keputusan yang bagus.

    Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan.

    Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    ALSO READ:  Suami Didakwa ‘Songlap’ Duit Syarikat Hampir RM2 Juta, Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram Bunga Citra Lestari

    Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

    Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts