Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Aziz & Ruhainies Pilih Muzik ‘Background’ Lagu Sama, Suratan Atau Kebetulan?

    Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Muzik ‘Background’ Lagu Sama, Suratan Atau Kebetulan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff Aziz dan RuhainiesAliff Aziz dan Ruhainies

    Tindakan dua selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies menggunakan lagu yang sama sebagai muzik latar ketika memuat naik hantaran di Instagram Story, baru-baru ini telah mencuri perhatian.

    Pilih lagu sama

    Aliff Aziz dan RuhainiesAliff Aziz dan Ruhainies

    Lagu yang dipilih dua selebriti itu berjudul ‘I Got You’ nyanyian asal penyanyi antarabangsa, Jimmy Brown.

    Menerusi pemerhatian , Ruhainies yang terlebih dahulu menggunakan lagu tersebut pada sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

    Dalam hantaran itu, Ruhainies berkongsi video pendek bersama seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak saudaranya.

    Selang lima jam kemudian, Aliff pula dilihat memuat naik foto memaparkan dirinya mengenakan baju berwarna hitam siap berkaca mata.

    Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila penyanyi asal Singapura itu juga dilihat memilih lagu sama yang digunakan Ruhainies sebagai muzik latar.

    Pun begitu, perkara tersebut tidak dapat dipastikan sama ada kebetulan atau disengajakan.

    Terdahulu, nama Aliff dan Ruhainies kecoh apabila mereka ditangkap basah di sebuah kondominum mewah yang terletak di ibu kota.

    Namun, sewaktu kes dibicarakan pada Julai lalu, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Pertuduhan terhadap Aliff dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu khalwat, sementara Ruhainies, Seksyen 27 (b) akta sama.

    Sesyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts