Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Aziz Sudi Bantu Bawa Barang Shooting Miliknya Sambil Menunggu Kehadiran Risteena

    Aliff Aziz Sudi Bantu Bawa Barang Shooting Miliknya Sambil Menunggu Kehadiran Risteena

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tidak lama selepas pelakon Ruhainies membuat penjelasan di laman Instagram (IG), pelakon Aliff Aziz turut bersuara mengenai dakwaannya terbabit dalam kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.

    Kenyataan Aliff Aziz

    Menerusi perkongsian di IG, penyanyi kelahiran Singapura itu menjelaskan tujuannya ke rumah Ruhainies adalah untuk makan malam bersama keluarga pelakon itu.

    Pada awal hari kejadian, kami baru selesai menjalani penggambaran. Dalam perjalanan pulang ke KL, kami bertolak secara konvoi bersama PA Ruhainies.

    Sementara itu, suami kepada pelakon Bella Astillah akui kekhilafannya dan menjelaskan dia sepatutnya menunggu di lobi sementara menanti Risteena tiba di rumah Ruhainies.

    Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan.

    Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.

    Dalam pada itu, Aliff akui kesilapannya dan memohon maaf kerana tindakannya itu telah menimbulkan fitnah orang ramai.

    Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga.

    Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

    Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

    ALSO READ:  Firdaus Wong Sentap Dengar Kisah Individu Peluk Islam – ‘Kemalangan Dua Kali, Penumpang Belakang Ma*i Tapi Saya Hanya Jari Luka’

    Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu. Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts