Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Aziz Trending Di X, Teruk Dikecam Netizen!-“Patut Kena Sunat Sekali Lagi…”

    Aliff Aziz Trending Di X, Teruk Dikecam Netizen!-“Patut Kena Sunat Sekali Lagi…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Susur masa (timeline) laman X sejak malam tadi hangat memperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang tiba-tiba trending di aplikasi X selepas seorang wanita tampil membuat pengakuan sebagai kekasih Aliff sejak awal Januari 2024.

    Wanita Ini Mengaku Kekasih Aliff?

    Dikenali sebagai Sarah Yasmine, tampil membuat pendedahan menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia adalah kekasih kepada Aliff sejak Januari lalu serta turut memuatnaik video yang memaparkan Aliff yang kelihatan mesra mengucup pipinya.

    “Saya mula rapat dengan Aliff sejak awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik. Dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya..”-dedah Sarah di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

    Dikecam Netizen

    Menjengah ke ciapan di laman X, rata-rata netizen dilihat mengkritik aktor ini mengenai skandal curangnya yang kelihatan seperti tiada penghujung, malah ada yang berpendapat aktor ini sebaiknya pupus sahaja.

    “Aliff Aziz ni patut kena sunat sekali lagi.”

    “Aliff Aziz ni tak cerdik gamaknya. Tengok Syed Mirza tu, buat kerja clean je, bini first sampai ke sudah tak tahu. Dah mati baru tahu semuanya.”

    “Power do Aliff Aziz ni, apa rahsia dia maintain performance setiap tahun, ada KPI nak kejar ke apa.”

    “Aliff Aziz is another kind of breed, that man is the worst definition of being a guy. Embarrassing.”

    “Aliff Aziz ni dari zaman muda dia ada isu. Tapi sebab dia ada rupa paras yang agak handsome, maka orang terus lupa apa yang dia pernah buat dulu. Media pun tak banned dia sebab rupa handsome dia tu.”

    Sehingga artikel ini ditulis, nama Aliff masih trending di X, dengan lebih dari 1,000 ciapan yang ditujukan kepadanya.

    ALSO READ:  “Ayah Saya Sedang Nazak” – Anak Pelakon Kamal Bakar Maklumkan Bahawa Ayahnya Sedang Nazak

    Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts