Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kontroversi lagu raya yang melibatkan usahawan sensasi , Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi dangdut, Farez Adnan yang saling bertelingkah di media sosial selepas Farez didakwa telah menciplak lagu raya milik Aliff Syukri.
Aliff Syukri Bakal Disaman?
Jelas Farez menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aliff Syukri telah ‘reject’ lagu Chu Ku Chu Raya sebelum diberikan kepadanya untuk dipersembahkan dengan nafas baharu, serta memberikan ‘hint’ mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan sensasi tersebut.
“Saya dah cakap, saya tak curi. Lagu ni diberi kepada saya setelah di-reject oleh Datuk Aliff. Sudah tentu laa nafas-nafas lagu Datuk Aliff masih ada dalam ni (Chuk Ku Chuk Raya) sebab lagu ini dicipta untuk dia, dan diberi kepada saya dengan nafas baru.
So bila lagu ni dah rilis, kenapa Datuk Aliff nak keluarkan statement macam tu? At the end, kau yang reject sekarang ni. Bila kau dah reject lepas tu nak tersakiti. Tak puas hati, jumpa depan-depan. Takpe, kita hantar Letter of Demand (LOD), simple. “-tegas Farez
View this post on Instagram
“Lagu Taikk..”
Dalam pada itu, Aliff Syukri menerusi hantaran di Insta Stories, dilihat mengkritik lagu Farez yang disifatkan lebih teruk berbanding lagu miliknya.
“Lagu taikkk. Tak boleh lawan lagu baru saya. Ambil lak komposer tu. Saya punya lagu power.”-Bidas Aliff
Lagu raya siapa lebih power? Apa komen anda?