Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Syukri Ingatkan Pekerja Angkat ‘Call’ Majikan Selepas Waktu Bekerja, Baru Nampak...

    Aliff Syukri Ingatkan Pekerja Angkat ‘Call’ Majikan Selepas Waktu Bekerja, Baru Nampak Berdedikasi – ‘Walaupun Siang Atau Malam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat pekerja perlu sentiasa bersedia apabila menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Aku Tak Berjoget, Tak Terkangkang Korang Bukan Nak Tengok Aku..Apa Masalah Netizen Sebenarnya?’ – Aliff Syukri

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bawa Diri Ke Australia Selepas Bergaduh Dengan Isteri

    Telefon selepas waktu bekerja

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff berkata, pekerja yang rajin adalah orang-orang yang tidak berkira dengan waktunya.

    Bos selalu telefon masa bukan waktu kerja boleh angkat tak? Okay bila bos korang telefon bukan waktu kerja kena angkat wajib angkat mana tahu ada perkara penting.

    Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu Ahad kena angkat tak? Kena angkat sebab orang yang rajin, orang yang bos hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira.

    Jadi walaupun masa cuti kena beritahu ‘ya bos, kenapa bos apa yang boleh saya bantu?’ Kalau katakan kau tengah sibuk, kau tak sempat nak angkat telefon balas WhatsApp cakap ‘kenapa bos tadi saya tengah mandi, tengah berak’.

    Menurutnya, dengan cara tersebut pihak majikan dapat mengenalpasti pekerja yang berdedikasi sekaligus dapat memberikan ganjaran kepada mereka.

    Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita tapi anda tak boleh menghormati bos anda, anda tak nampak dedikasi macam mana bos anda nak naikkan pangkat, nak naik gaji.

    Jadi anda seorang pekerja yang bagus kena sentiasa mengangkat telefon majikan walaupun malam, siang atau pagi ke petang. Cuma kalau tak sempat tu kenalah balas.

    Dalam pada itu, Aliff berpendapat, untuk menjadi ketua yang hebat seseorang perlu menjadi pekerja yang hebat terlebih dahulu.

    Sebab bagi saya seorang pekerja yang bagus akan sentiasa berdedikasi dan ada tanggungjawab bila-bila masa yang diperlukan. Jadi kepada anda yang susah sangat nak angkat telefon bila bos telefon, fikir-fikirkan.

    Bila anda dapat seorang yang hebat anda perlulah menjadi seorang pekerja yang hebat dan ketika anda dah jadi pekerja yang hebat anda akan jadi ketua yang hebat.

    ALSO READ:  Woodville hunters admit to duck hunting violation; one count dropped - Daily Leader

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts