Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Syukri Kongsi Teaser Lagu Raya, Netizen Mengucap Panjang!-“Tak Hormat 10 Malam...

    Aliff Syukri Kongsi Teaser Lagu Raya, Netizen Mengucap Panjang!-“Tak Hormat 10 Malam Terakhir…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mengundang kritikan netizen selepas berkongsi teaser lagu rayanya yang bakal dirilis tidak lama lagi di media sosial.

    Tetap Akan Rilis Lagu Raya Baharu

    Aliff, menerusi hantaran di Instagram, berpendapat ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk menanti lagu rayanya pada lebaran kali ini yang berjudul Love Raya.

    “Rasanya ramai orang yang tak sabar tunggu lagu Love Raya kan..Sedap tak suara vokal saya. Ni suara 100% ori, no auto tune!.

    Saya tahu bakat saya sebenarnya. Terima kasih rakyat Malaysia kerana setia menunggu lagu saya walaupun lewat sebab komposer sebelum ini sabotaj saya buat hal.”-tulis Aliff di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    Teruk Dikecam Netizen!

    Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen yang tampil mengecam teaser lagu raya Aliff yang menampilkan penari-penari yang berpakaian yang melekat pada tubuh badan serta tidak bersesuaian dengan imej mereka yang mengenakan songkok dalam teaser tersebut.

    “Astaghfirullah! Datuk!!! Ini 10 Malam Terakhir Ramadhan. Hormat la. Jangan cabar Allah!!! Tolongla kita sesama Islam ni🙏 Allahuakbar!!! Jangan cabar Allah!! Jangan cabar!!! Cari la keampunan, carilah redha Allah bukan murka dengan tarian yang tidak senonoh dan pakaian ketak kaum lelaki. Kami sesama Islam hanya mampu menegur dan berdoa. Allahuakbar! Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.”

    “Jom kita boikot. Biar kita ajar dia sekali… Gurau-gurau pun ada batas… Buat malu anak bini mak je… Terdesak sangat ke Dato’ oiii.”

    “Tak hormat bulan Ramadhan langsung.”

    “Habis pahala Ramadhan aku tengok video ni.”

    “Tak hormat 10 malam terakhir.”

    Apa komen anda? 

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Sedih ‘Barber’ Potong Rambut Anak Tidak Cantik, Bayar Mahal Sampai RM160



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts