Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Syukri Kongsi Video Nahas Helikopter, Netizen Kecam!-“Nampak Macam Gila Glamour…”

    Aliff Syukri Kongsi Video Nahas Helikopter, Netizen Kecam!-“Nampak Macam Gila Glamour…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik video insiden nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak, semalam.

    Menerusi hantaran yang sudah dipadam di Instagram, Aliff yang berkongsi video berkenaan akui rasa sebak dengan insiden nahas yang telah mengorbankan 10 anggota ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

    “Ya Allah luluh hati saya melihat apa yang terjadi hari ini (23 April). Jiwa saya terus tersentak melihat kejadian yang menyayat hati ini.

    Cuba letakkan situasi ini pada kita. Jujur saya takkan dapat gambarkan kesedihan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

    Semoga mangsa TLDM ditempatkan bersama orang-orang beriman. Semoga ahli keluarga mereka yang terlibat tabah dan kuat atas ujian yang diturunkan.”-kapsyen Aliff di Instagram

    Netizen Kecam!

    Perkongsian Aliff mendapat kecaman netizen yang menyifatkan usahawan ini tidak menjaga sensitivi keluarga mangsa nahas yang sedang berduka atas kejadian berkenaan.

    “Tak semua benda boleh dibuat konten Datuk.”

    “TLDM bersedih. Tolong hormati kami.”

    “Janganlah share video ni Datuk. Sensitiviti sikit, fikir famili arwah semua.”

    “Makin hari makin perangai tak boleh dibendung la. Tak semua benda la boleh buat konten!.”

    “Lahh, menyempat juga untuk buat konten dia ni.”

    “Dia memang suka buat bad content.”

    “Nak juga ambil kredit atas isu nahas ni. Bosan la Datuk. Nampak macam gila glamour sangat.”

    Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil memberi amaran kepada orang ramai untuk henti menyebarkan video nahas helikopter yang terhempas bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

    ALSO READ:  Cetus Perhatian Apabila Priyanka Chopra Mengajar Anaknya Untuk Melambai Dekat Paparazzi!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts