Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Syukri Tegur Amy Ukays: 'Kau Cemburu Suara Aku Sedap, Berlambak Komposer...

    Aliff Syukri Tegur Amy Ukays: ‘Kau Cemburu Suara Aku Sedap, Berlambak Komposer Nak Buat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff SyukriAliff Syukri

    Sebelum ini, komposer Amy Ukays berkata dia enggan bekerjasama dengan usahawan kontroversi dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri bagi menghasilkan lagu sempena Aidilfitri.

    ‘Tak payah kecoh’

    Aliff SyukriAliff Syukri

    Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Aliff berkata dia tidak kisah sekiranya Amy enggan menciptakan lagu untuknya kerana percaya ada ramai komposer lain yang mahu bekerjasama dengannya.

    Malah, Aliff mendakwa Amy bertindak sedemikian kerana berasa cemburu dengan bakat yang dimiliki.

    Kau tak nak buat lagu aku, satu komposer pergi, sejuta yang datang. Berlambak komposer dekat Malaysia yang nak buat lagu untuk aku. Tak payah nak kecoh-kecoh.

    Aku telefon tanya offer, kalau kau nak buat alhamdulillah, kau tak nak buat tak payah nak kecoh.

    Aku tahu kau sebenarnya cemburu sebab suara aku ni sedap. Ramai komposer dekat luar yang nak buat lagu untuk aku.

    Tambah bapa kepada enam cahaya mata itu, dia akan membuktikan kepada Amy lagu Aidilifitri nyanyiannya akan menjadi ‘trending’.

    Saya akan buktikan dekat awak, saya tidak ambil awak sebagai komposer pun lagu saya akan trending.

    Dalam video sama, turut kelihatan anak keempat Aliff iaitu Yusoff Al Qardawi yang menegaskan bapanya adalah penyanyi ‘nombor satu’ negara.

    Abah saya artis nombor satu, jangan main-main.

    Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook Ukays, Amy menegaskan, keputusan itu dibuat kerana dia tidak suka sikap lupa diri yang ada pada Aliff.

    Susulan itu, Amy memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus kepada lagu Aidilfitri Ukays Reborn sendiri.

    Video

    @abangterlajaklaristahap kesabaran manusia ini ada limit nya…? original sound – Papa Laris

    ALSO READ:  [VIDEO] Isteri Fizo Omar Bicara Isu Mak Mentua 'Downgrade' Menantu dan Pesan Pentingnya Menentukan Kebahagiaan Sendiri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts