Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAliff Syukri Terharu Dipilih Siti Nurhaliza Sebagai Penyanyi No.2 Malaysia!-“Satu Penghargaan..”

    Aliff Syukri Terharu Dipilih Siti Nurhaliza Sebagai Penyanyi No.2 Malaysia!-“Satu Penghargaan..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terharu apabila dirinya telah dipilih oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai selebriti nombor 2 di Malaysia.

    Jawab Soalan Peminat Siapakah Penyanyi Nombor 2 Di Malaysia

    Siti Nurhaliza menerusi IG live, disoal peminat untuk menyatakan siapakah penyanyi nombor dua selepas dirinya memegang gelaran penyanyi nombor satu di Malaysia.

    “Datuk Siti, nak tanya jika Datuk Siti penyanyi nombor satu Malaysia, siapakah penyanyi nombor dua dan tiga pilihan Datuk Siti?-soal peminat di Instagram

    Jawab Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti, menjawab soalan peminat dengan menggelar Datuk Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor dua di Malaysia selepas mengembalikan semula ‘takhta ‘ penyanyi nombor satu kepadanya.

    “Haritu Aliff Syukri Nombor satu, lepastu dia dah bagi kat saya, so dia (Aliff Syukri) jadi nombor dua.”-Jawab Siti Nurhaliza sambil tersenyum

    “Akhirnya Datuk Siti Nurhaliza Memilih Saya..”

    Sementara itu, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa terharu penyanyi terkenal itu menerima bakatnya di saat orang ramai mengecam dan menghina.

    “Akhirnya Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memilih saya sebagai artis no 2. Satu penghargaan saya rasakan, Di saat orang lain mengecam dan menghina, beliau telah menerima bakat saya seadanya.

    Tunggulah awak Siti Nurhaliza hari raya ini awak jadi nombor 2 balik ya, saya nombor 1 kembali. Sekarang nombor 2 lah, saya tetap bersyukur.”-tulis Aliff Syukri di Instagram

    Apa komen anda? Anda setuju dengan pilihan Datuk Siti Nurhaliza yang memilih Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor 2 di Malaysia?.



    Credit: Gossip – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts