Pengaruh media sosial, Alif Teega berkongsi keadaan isteri pertamanya, Aisyah Hijannah yang kini sedang menanti kelahiran cahaya ketiga mereka.
Menurut Aliff menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa Aishah hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin serta memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan isterinya itu.
“Doakan untuk Aisyah. 2/3 hari lagi InsyaAllah akan deliver. Tunggu masa sahaja. Moga selamat dan baik-baik sahaja untuk Aisyah. Moga Allah angkat segala kesulitan bersalin Aamin.
Doakan ya, berkat Ramadhan ni, makbul doa-doa sahabat-sahabat Alif di alam maya ini.”-kongsi Alif Teega di Instagram
View this post on Instagram
“Berlakulah Adil Terhadap Isteri Kedua Juga…”
Di sebalik ramai yang menitipkan doa buat Aishah Hijannah, lain pula reaksi segelintir netizen yang mencari kelibat isteri kedua Alif malah ada yang turut meminta pengaruh media sosial ini bersikap adil.
“Berlakulah adil terhadap isteri kedua juga.”
“Bini kedua tak nampak pun.”
“Bang kahwin lagi 1 please.”
“Lingkup la pada perempuan duk fitnah kat Alif dan jadi batu api untuk hancurkan rumah tangga diorang. Merangkak lah kami di padang Mahsyar.”
“Harap sangat emosi Aisyah dijaga elok dalam tempoh berpantang.”
“In Sha Allah baby Aisyah Kali ni punyai keistimewaan tersendiri asbab ujian² yg dilalui ibu semasa mengandungkan nya . Berkat Ramadhan ALLAH SWT makbulkan doa ini. Aamin ya Mujibassailin 🤲🏻❤️.”
“Semoga semua urusan dipermudahkan dan kak aisyah serta baby sihat sejahtera.”