Pelakon Elfira Loy, menitipkan rasa syukur apabila impian bersama ibunya, Filzah Yusoff untuk menunaikan ibadah Haji bersama telah dimakbulkan Allah SWT.
Menurut Elfira menerusi hantaran di Instagram, mereka berdua pada mulanya mendapat jemputan untuk mengerjakan ibadah Haji dari Tabung Haji, namun terpaksa menolak kerana memikirkan kedua-dua anaknya.
“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan Haji dari Tabung Haji tapi disebabkan El memikirkan anak, jadi saya menolak dan dahulukan Mama dulu untuk mengerjakan Haji.”-kongsi Elfira
“Allah Benar-Benar Menjemput El Sehingga Dua Kali Jemputan-Nya..”
Walaubagaimanapun, dia mendapat khabar gembira iaitu jemputan Haji dari Kementerian Media Saudi Arabia pada hari majlis doa selamat buat ibunya itu.
“Tetapi di hari doa selamat Mama. El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah 🥹🥹🥹.
Allah benar-benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya, jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala. Alhamdulillah semua berjalan lancar sehingga Hari Melontar. Haji Pertama buat Mama dan El.”-tulis Elfira lagi
View this post on Instagram
Sebelum ini, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy membuat perkongsian mengenai dirinya yang mendapat jemputan untuk menunaikan ibadah Haji pada 10 Jun lalu menerusi jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi pada saat akhir. Tambahnya lagi, undangan yang diterima itu berlaku hanya dalam tempoh yang singkat iaitu hanya satu minggu sahaja.