Sebelum ini, Abby memaklumkan dia tidak tahu menahu soal berita Marissa sudah bersalin bayi pra mata ketika kandungannya baru berusia enam bulan.
Lebih menyedihkan lagi, bayi Marissa yang dilahirkan itu kemudiannya meninggal dunia.
Terbaru, rata-rata peminat dan netizen cuba memujuk dan memberi kata-kata semangat buat Abby agar tidak mengambil hati terlalu lama terhadap anaknya itu.
Allah sayang kamu
Menerusi pemerhatian pihak netizen yakin bahawa Abby sudah melakukan yang terbaik buat kesemua anaknya. Oleh sebab itu, mereka meminta pelakon ‘Gerak Khas’ ini menyerahkan segala urusan dan masalah kepada Allah.
Bukan itu sahaja, netizen turut berdoa agar hubungan ibu dan anak ini kembali okay.
Selain kata-kata semangat buat Abby, segelintir netizen turut memberi nasihat kepada Marissa. Mereka meminta Marissa untuk menjaga hati dan perasaan seorang ibu serta memohon maaf.