Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menyelar tindakan segelintir wanita yang menggunakan agama untuk menyembunyikan kejahatan yang dilakukan.
Jangan tunggang agama
Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuhada berkata Allah tidak pernah menyuruh hamba-Nya melakukan perkata tidak baik termasuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Kata Shuhada, tujuan manusia hidup di muka bumi adalah untuk mencari reda Ilahi.
Terbukti, sekali jadi penipu selamanya penipu. Kenapa pilih jalan ini? Sebab kita sebagai perempuan yang tak kacau hak orang nak hidup yang tak nak main agama. Nak reda Allah.
Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang, ingat itu! Jangan tunggang agama. Jangan mainkan agama Allah.
Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya itu turut menyentuh tentang pemilihan bakal suami yang boleh membimbing isteri dan keluarga ke jalan Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara. Selalu saya cakap Allah Maha Baik, insya-Allah dengan dorongan Allah kita semua perempuan nak imam (suami) yang tahu agama dan praktik agama dengan baik.
Bukan kau beriya potray jaga solat lima waktu, tapi belakang kau kongkek beriya.
Bagaimanapun, Shuhada tidak mendedahkan kepada siapa luahan tersebut ingin ditujukan.