Pelawak Along Cham mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.
Jatuh taklik
Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, berkata, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan akan mengesahkan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat.
Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab alamat rumah saya di bawah mukim Sepang.
Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada ‘plot twist’. Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari ‘madrasah’ (penjara) semalam.
Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih pada simpanan ‘mak lampir’ itu (Afreena).
Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai.
Along berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Putrajaya, pada Selasa.
Orang ketiga
Kongsi Along, dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.
Saya sepatutnya buat pengesahan lafaz taklik di mahkamah pada 16 Disember, tapi saya telah ditahan pada 14 Disember.
Kepada netizen, belajarlah agama lebih tinggi sebab lafaz taklik ini tiada kaitan dengan kes saya ditahan sebab isu dadah. Jangan buat penilaian sendiri. Pasangan mana yang berkahwin hendak bercerai.
Saya sudah habis sayang rumah tangga dan agak terkejut sebab dia masih melanggar juga.
Dalam pada itu, Along tidak menafikan kemelut rumah tangga mereka membabitkan orang ketiga namun bukan berkaitan isu curang.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.