Pelawak Along Cham syukur dengan keputusan yang diputuskan Mahkamah Majistret Sepang untuk dilepas tanpa dibebaskan bagi satu kesalahan dadah.
Sujud syukur
Memetik laporan Harian Metro, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas mendapat kebenaran melepas tanpa membebaskannya (DNNA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini.
Along Cham didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Dilaporkan, Hakim Ahmad Fuad Othman memerintahkan Along dilepas tanpa dibebaskan selepas mendengar hasil laporan kimia tertuduh.
Dahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya memberitahu, hasil laporan kimia tertuduh, pendakwaan memohon pertuduhan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dipinda ke Mahkamah Majistret untuk dituduh atas Seksyen 39A (1) ADB 1952.
Mengaku tidak bersalah
Walau bagaimanapun, Along mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan ke atasnya iaitu memiliki dadah jenis kanabis dan memasukkan dadah ke dalam badannya pada hari yang sama.
Mengikut pertuduhan pertama, Along didakwa miliki bahan berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram pada 14 Disember tahun lepas.
Pertuduhan kedua, pelawak itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannibol (THC).
Kesalahan yang dilakukan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, dia tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan yang tidak boleh dijamin.