Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlong Eyzendy Sangkal Dakwaan Ambil ‘Barang’ – ‘Saya Tak Boleh Naik Berat...

    Along Eyzendy Sangkal Dakwaan Ambil ‘Barang’ – ‘Saya Tak Boleh Naik Berat Badan, Nanti Ganggu Bacaan Buah Pinggang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Along Ezyendy meluahkan rasa syukur kerana tahap kesihatannya semakin baik selepas menjalani pembedahan buah pinggang, tiga tahun lalu.

    Tidak boleh naik berat badan

    Menerusi temu bual bersama , Along berkata, meskipun keadaan kesihatannya semakin baik, dia masih perlu berhati-hati dan melakukkan pemeriksaan berkala di hospital.

    Alhamdulillah, bacaan buah pinggang, gula dan kolesterol saya okey. Cuma, saya dinasihatkan oleh doktor tidak boleh naik berat badan, tak boleh stres atau down, sebab semua itu akan menganggu bacaan buah pinggang saya.

    Sebab buah pinggang saya daripada isteri, kalau nak tahu buah pinggang lelaki dan perempuan ini lain. Buah pinggang perempuan kecil sikit daripada lelaki. Misalnya saya demam, batuk atau selesema sekali pun, ia akan ambil masa yang lama untuk sihat.

    Doktor nasihat saya kena berhati-hati, keadaan saya ini mudah sangat dijangkiti penyakit. Kalau demam dan jatuh sakit, saya terus bergegas ke hospital. Kena hujan sikit pun saya dah risau, jadi takut.

    Orang biasa kalau demam atau selsema, mungkin hanya sehari dua dan lepas itu baik. Tapi macam saya, bila dah ‘fragile’ macam ini, bila kena selsema akan jadi seminggu

    Along yang ditemui di sidang media teater Dang Anum di Park In By Radisson Putrajaya, semalam, turut mengakui dia perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat.

    Di samping itu, saya sentiasa makan ubat dan dapatkan rehat yang secukupnya. Tidur kena cukup. Rawatan susulan dan jaga pemakanan pun wajib.

    Kalau tanya pasal ubat, saya kena makan supaya buah pinggang yang saya terima dna tidak mengalami ‘rejection’. Sebagai contoh, ada bendasing dalam badan kita, antibodi kita akan kesan benda itu dan serang sampai berlakunya kegagalan.

    Jadi, saya kena makan ubat itu supaya antibodi saya tidak serang benda itu.

    Disoal pula mengenai pandangan masyarakat terhadap perubahan fizikal yang dialami oleh Along sekarang ini, pelakon filem ‘Karak’ ini memberitahu ada segelintir netizen dan peminat yang mendakwanya mengambil barang terlarang.

    Kalau buat live di media sosial, orang bertanya saya okey atau tidak sampai ada yang kata ambil barang. Mula-mula ada juga terasa hati dan penat nak menjawab.

    Tetapi kata orang alah bisa tegal biasa. Sekarang ini saya layankan sahaja. Kalau ada yang bertanya tentang kesihatan, saya jawab okey sahaja.

    Sekadar info, pada tahun 2019, Along menerima berita sedih apabila doktor memaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.

    ALSO READ:  Kereta BMW Milik Khai Bahar Terlibat dalam Kemalangan, Niat Nak Pujuk Ibu Ke Hospital Gagal Tercapai Setelah Langgar Tayar Lori

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts