Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlyah Masuk Hospital, 2 Minggu Batuk Berpanjangan Di Makkah – ‘Setiap Kali...

    Alyah Masuk Hospital, 2 Minggu Batuk Berpanjangan Di Makkah – ‘Setiap Kali Batuk, Rusuk Kiri Macam Mencucuk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Datin Alyah kini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas tiba dari Tanah Suci Makkah pada Khamis lalu.

    Batuk 2 minggu berpanjangan

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan memaklumkan dia yang dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.

    Menurut Alyah, keputusan itu dibuat selepas dirinya mengalami gejala batuk berpanjangan selama dua minggu.

    Ujar Alyah, batuk berpanjangan itu menjejaskan kesihatannya sehingga membuatkan rusuk kirinya terasa seperti mencucuk setiap kali batuk.

    Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk, rusuk kiri saya macam mencucuk.

    Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai, sepatutnya (balik) 17 Julai.

    Doktor bagi ubat untuk saya tahan sakit semasa dalam ‘flight’. Sampai Malaysia, saya perlu buat ‘detail check up’.

    Sementara itu, pelantun lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ ini juga menitipkan doa daripada orang ramai agar diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.

    Sekadar info, Alyah telah menarik diri dari menyertai sebuah program nyanyian terbitan stesen televisyen swasta dan telah berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji pada 12 Jun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts