Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAlyssa Dezek Syukur Dapat Markah 100 Dalam Ujian Diagnostik Perakaunan – ‘Saya...

    Alyssa Dezek Syukur Dapat Markah 100 Dalam Ujian Diagnostik Perakaunan – ‘Saya Belajar Di Rumah & Sertai Tuisyen PTTI’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    alysssaalysssa

    Penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek bersyukur apabila usaha kerasnya belajar untuk ujian diagnostik subjek perakaunan membuahkan keputusan yang sangat cemerlang.

    Aliran sains susah

    Alyssa dezekAlyssa dezek

    Ketika ditemui , Alyssa, 16, tidak menyangka dia memperoleh markah penuh untuk ujian sebelum memasuki tingkatan empat. Ditanya mengenai tips, Alyssa berkata dia belajar di rumah selain menyertai tuisyen tambahan di PTTI.

    Memang benar, saya mendapat markah 100 untuk ujian diagnostik sebelum pemilihan ke aliran perakaunan memandangkan saya baru masuk ke tingkatan empat.

    Sebelum ujian itu memang saya pulun, saya tak nak ambil aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah perakaunan.

    Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI. Syukur dapat 100 (markah) dan saya memang tak jangka. Kawan-kawan pun cakap macam mana boleh dapat markah penuh sedangkan saya selalu tak datang sekolah.

    Tambah pemilik nama Aryanna Alyssa Dezek, jadual kerja yang padat tidak akan menjadi penghalang dalam pelajaran.

    Katanya, dia tetap akan ‘mencari masa’ untuk mengulang kaji dengan menonton semula rakaman tuisyen daripada PTTI.

    Kadang-kadang saya lost sebab banyak hari tak datang sekolah kerana sibuk dengan penggambaran. Tetapi kalau di rumah jika ada masa lapang, saya akan belajar semula dan dalam masa saya menyertai tuisyen PTTI.

    Kalau tak sempat sertai sesi live tuisyen, saya akan tengok balik sesi rakaman.

    Alyssa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya, pada Ahad.

    Peningkatan 98%

    PTTIPTTI

    Sementara itu, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI sekali lagi melakar kejayaan apabila mencatat peningkatan membabitkan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2023 iaitu seramai 243 orang.

    ALSO READ:  Amang Seksual Bayi 1 Tahun 11 Bulan, Pemandu Lori Mengaku Bersalah

    Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, jumlah itu meningkat 98 peratus daripada SPM 2022 seramai 123 pelajar.

    Untuk statistik, pelajar yang menerima ‘straight A’ pada tahun ini adalah seramai 243 pelajar di bawah PTTI berbanding tahun lalu iaitu seramai 123 pelajar. Maksudnya peningkatan sebanyak 98 peratus.

    Tahun lalu juga kami menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM. Ada peningkatan berganda tahun ini.

    Bagi meraikan kejayaan itu, PTTI menganjurkan Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 yang melibatkan seramai 564 pelajar dipilih menerima anugerah berdasarkan lima kategori yang ditetapkan.

    Alhamdulillah, untuk Majlis Inspirasi SPM PTTI, kami memberi anugerah kepada 564 pelajar dalam lima kategori. Kategori pertama adalah pelajar yang menerima ‘straight A’, kedua bagi pelajar yang mendapat semua A kecuali satu subjek.

    Kategori ketiga pula untuk pelajar yang mendapat 6A dan ke atas, keempat kami bagi kepada pelajar yang ada peningkatan daripada gagal ke A dalam mana-mana subjek dan kelima bagi pelajar yang ada peningkatan drastik dalam mana-mana subjek diambil untuk SPM.

    Turut hadir pada majlis itu ialah duta dan ikon PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique.

    Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal tanah air seperti Nabila Razali, Bella Astillah dan Zaki Yamani.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by PTTI (@pttionline)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts