Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmal Petua Keluarga, Kareena Kapoor Kata Kulitnya Makin Mulus, Cerah & Sihat!

    Amal Petua Keluarga, Kareena Kapoor Kata Kulitnya Makin Mulus, Cerah & Sihat!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa sangka Kareena Kapoor, aktres Bollywood ini masih lagi amalkan petua keluarganya. Diamalkan secara turun temurun, Kareena mendedahkan petua ini sangat berkesan dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Kongsinya lagi, selepas rajin amalkan sejak usia remaja, kulit wajah Kareena menjadi lebih mulus, lembut, cerah dan paling penting sihat. Psst… Kalau kamu nak tahu, Kareena lebih memilih untuk gunakan bahan-bahan semula jadi seperti…

    ‘Wajib’ Guna Campuran Minyak Badam & Yogurt

    Dipetik daripada Vogue India, Kareena mendedahkan yang dirinya sering membuat DIY mask, yang menggunakan campuran minyak badam dan yogurt. Katanya campuran kedua-dua bahan ini terbukti sangat berkesan untuk mereka yang mahu melembapkan kulit wajah secara semula jadi sepanjang hari.

    “Jika kamu mempunyai kulit jenis kering, kombonaso minyak badam dan yogurt ini sangat baik untuk wajah. Sapukan ke seluruh wajah dan biar selama 30 minit sebelum bilas.”

    Sekadar info untuk kamu, seorang ahli dermatologi iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta turut bersetuju jika kamu menggunakan minyak badam dalam rutin penjagaan kulit harian. Kata beliau, minyak badam sangat baik untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering:

    • Tidak komedogenik dan tidak menyumbatkan liang pori di wajah
    • Pelembap semula jadi dan bersifat anti-radang
    • Mempunyai vitamin E yang mengurangkan bintik hitam, dark circle dan mencerahkan kulit

    Sesiapa yang memiliki kulit yang kering, bolehlah cuba petua Kareena Kapoor di atas ye. Selamat beramal!




    Credit: Kecantikan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts