Baru-baru ini pelakon, Fathia Latiff sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan mendakwa masyarakat yang berasal dari Sabah mengamalkan syirik.
Tak tuju pada semua
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff tampil menyangkal dakwaan tersebut.
Aktres berusia 36 tahun itu menerangkan bahawa ramai yang salah faham dengan kenyataannya tempoh hari.
Jangan marah-marah, bergurau. Bukan saya cakap semua, saya cakap segelintir.
Bukan semua orang Sabah, segelintir orang Sabah yang mengamalkan syirik. Saya tak tujukan kepada semua pun.
Kalau korang tak faham, korang sengajalah nak cari pasal dengan aku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa pelakon drama Ariana Rose itu mungkin berada dalam keadaan takut susulan kenyatannya telah membuatkan ramai masyarakat Sabah berang.
Takutlah tu! Sebab dia cakap semua orang Sabah.
Kejap cakap semua, kejap cakap segelintir. Dah takut main pusing-pusing pulak.
Itu hari bukan main lagi dia cakap orang Sabah syirik, tak cakap pun segelintir.
Ada dia cakap segelintir? Tak dengar pun.
@citerterkini Live fatiya latif cakap sabah #fathialatif #fatiyalatiff #fyp #sabahan #sabahangirl #gosipviral #fyppppppppppppppppppppppp #trending
? original sound – Citer Terkini – Citer Terkini