Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmalkan Chia Seed. Salah Satu Kebaikan Untuk Masalah Mulut Berbau

    Amalkan Chia Seed. Salah Satu Kebaikan Untuk Masalah Mulut Berbau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adakah anda antara individu yang mengalami masalah bau mulut?

    Mungkin anda tahu chia seed atau biji chia adalah baik untuk kesihatan pencernaan dan juga membantu dalam penurunan berat badan. Tetapi tahukah anda biji chia juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang baik untuk gigi anda?

    Biji chia yang kecil ini adalah makanan yang sangat berkhasiat dan terkenal dengan kepentingannya dalam kesihatan. Kandungannya yang kaya dengan nutrien telah dibuktikan melalui kajian-kajian bahawa mengamalkan pengambilan biji chia secara berkala boleh meningkatkan kesihatan anda dalam pelbagai cara, termasuk kesihatan gigi.

    Foto – Sihat

    Biji chia adalah kaya dengan kalsium, fosforus, vitamin A dan zink, maka tidak hairanlah ianya baik untuk kesihatan gigi anda.

    Kandungan kalsium yang tinggi menjadikan biji chia sangat baik untuk gigi. Zink dalam biji chia membantu melawan plak gigi dan sifat antibakteria membantu mengawal masalah nafas mulut berbau. Vitamin A dan fosforus pula penting untuk kesihatan gigi dan mulut yang baik.

    Oleh kerana biji chia adalah serba boleh dan mempunyai pelbagai kelebihan kesihatan, anda boleh mengambilnya dalam pelbagai cara. Anda boleh makan sebagai sarapan, campur dalam makanan mentah, tambah dalam jus atau minuman detoks dan lain-lain.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts