Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAman Graseka Tiada ‘Job’, Mohon Bantuan Untuk Belanja Harian?-“Kereta Rosak Tak Dapat...

    Aman Graseka Tiada ‘Job’, Mohon Bantuan Untuk Belanja Harian?-“Kereta Rosak Tak Dapat Bergerak..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hilang punca pendapatan selepas sekian lama tidak mendapat tawaran untuk berlakon, pelakon senior, Aman Shah Baharom Shah atau lebih dikenali sebagai Aman Graseka memohon bantuan orang ramai bagi kelangsungan hidup.

    Menerusi tangkap layar perbualan di di WhatsApp yang dimuatnaik oleh penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah, Aman menitipkan harapan di hari Jumaat ini agar diberikan rezeki untuk menyara kehidupan anak-anak.

    “Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hamba nak buat makan.”-tulis Aman Graseka

    Sudah Lama Tiada Tawaran Berlakon

    Sudah berbulan-bulan rezeki berkurangan selain sudah lama tidak mendapat tawaran untuk berlakon, Aman Graseka turut berkongsi masalahnya mengenai kenderaannya yang rosak yang memberikan kesukaran untuk mereka bergerak.

    “Kalau sapa nak bantu kawan kita pelakon dah lama tak kerja.

    Saya minta bantuan di hari Jumaat untuk belanja harian juga. Kereta rosak tak dapat bergerak.

    Kalau sapa ada lebih. Niat zakat pun boleh 10 ringgit sorang.
    Sebab dah berbulan bulan rezeki berkurangan.”-kongsi Sharifah Shahirah

    Meskipun ada yang mempertikaikan tindakan pelakon senior berkenaan, rata-rata netizen di ruangan komen dilihat menitipkan doa agar urusan Aman Graseka berjalan dengan lancar.

    “Maaf bukan pelakon ni sihat walafiat ke kak ?? banyak lagi keje lain selain berlakon ..jadi security pun keje halal.”

    “Semoga Allah permudahkan urusan beliau.”

    “Semoga Allah mudahkan rezeki buat mereka.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik agar urusan mereka dipermudahkan. Aamin.

    Apa komen anda?


    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts