Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup...

    ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Shakilla Khoriri tampil berkongsi kisah mengenai percutiannya bersama suami dan anak-anak ke Jepun, baru-baru ini.

    Ameena ada kawan

    Menurut Shakilla, percutian kali ini turut diikuti kakaknya sekeluarga serta anak suaminya. Ujar Shakilla, dia berasa okey apabila anak tirinya turut serta. Ini kerana, Ameena boleh berkawan dengan rakan sebayanya.

    Anyway plan untuk bawa Ameena and of course ada Uncle Fariz sekali. Together with kakak sayang ku satu family (3 orang je pun). Tapi Uncle Fariz said maybe nak bawa anak dia sekali which is good for Ameena at least dia ada kawan and berkawan dengan rakan sebaya dia. Sebab all this while Ameena memang berkawan dengan kawan-kawan Umi dia.

    Anyway, pergi travel dengan anak-anak ni actually takde lah susah kalau kita tahu cara dia. Semua okey je tapi pergaduhan manja antara budak berdua ni of course ada.

    Berbicara lebih lanjut, Shakilla mengakui terdapat pergaduhan manja di antara Ameena dan anak tirinya. Namu, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan.  Tambah Shakilla, anak-anak seperti ‘kain putih’ dan ibu bapa yang harus pandai melukis dan mewarna mereka untuk menjadi manusia yang baik.

    Boy and girl and rakan sebaya ni banyak yang tak sebulu. Kadang sweet like a candy tapi tiber mood swing masing-masing sampai mak pak diorang pun bergaduh nak meleraikan pergaduhan. Tapi itulah kenyataan. Adik beradik kandung pun bergaduh kadang lebih hebat. Sampai pukul memukul inilah pulak adik beradik tiri.

    Aku cuba berlapang dada untuk membentuk keduanya sebab anak-anak ni ‘kain putih’ yang melukis dan mewarna adalah kita sebagai parents. Lain orang lain ajaran nya. But for sure semua nak kan yang terbaik untuk anak masing-masing.

    Beri segalanya

    Pelakon drama ‘Suri Hati’ ini turut mengakui bahawa dia memberi segalanya kepada Ameena.

    Ameena aku memang layan and berikan segalanya pada dia. Dia tak sama macam adik tiri dia yang masih ada both attention dari mak pak dia. Ameena ibarat hanya ada aku yang akan melihat up and down hidup dan perasaan dia. Aku yang ada untuk settlekan rasa bahagia dan sedih dia. Mengajar setiap pelajaran kehidupan dan segalanya. Tipu kalau aku cakap aku tak penat.

    Di akhir posting, Shakilla berdoa agar Ameena diberi rezeki dan kasih sayang yang tidak terhingga dari ramai orang.

    Kejap je semua ni. One day, Ameena pun akan berjalan sendiri tanpa aku. Tinggal aku. Melakar kehidupan dia sendiri. Aku hanya mampu bekal doa yang akan memeluk dia disetiap perjalanan dia. Tanggungjawab aku sekarang aku pikul sebaiknya kerana Allah. Dia anak. Aku yang lahirkan dia. Tapi dia juga hanyalah pinjaman Allah pada aku.

    Nak bentuk sebuah keluarga kata orang tak susah. Betul. Tapi nak membentuk kasih sayang, tanggungjawab dan perasaan yang ikhlas dalam sebuah keluarga itu susah. Tapi tak mustahil. Semoga yang terbaik untuk kita semua.

    ALSO READ:  Amoi Pelik 'Hot Daddy' Disifatkan Sebagai Selebriti, Muda Pesan Kena Memilih Idola Dengan Bijak - 'Dunia Sudah Akhir Zaman'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts