Adik kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan meluahkan rasa berang selepas segelintir netizen dilihat melemparkan tuduhan yang tidak benar mengenai ketika sedang menikmati percutian di luar negara.
Ameera menerusi hantaran di Insta Stories, menyatakan bahawa dia berada di Bali, Indonesia bersama sepupunya, seorang pengawal serta seorang pemandu.
“Saya di Bali bersama sepupu saya, Aisha, seorang pengawal dan seorang pemandu. Hanya kami berempat.”-tulis Ameera di Insta Stories
“Saya Ada Kekasih Dan Dia Berada Di London…”
Tambahnya lagi, Ameera yang kini mempunyai teman lelaki yang kini berada di London ini turut menegaskan dirinya tidak perlu untuk memberi penjelasan terhadap segelintir netizen yang menuduhnya, serta adalah lebih baik berdiam diri sahaja.
“Saya ada kekasih dan dia berada di London. Saya tidak perlu perjelaskan diri saya tetapi sesetengah dari anda terlalu melampau. Diam dan berambus.”-tegas Ameera lagi
Adik kepada Neelofa ini memberikan penjelasan selepas hantarannya di Instagram mendapat komen oleh segelintir netizen yang mendakwa dia sedang bercuti dengan seorang aktor kacak, iaitu Merqeen yang secara kebetulan dikatakan berada di pulau tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, Ameera Khan dilihat tidak membuat sebarang tindakan selanjutnya berhubung hantaran yang dimuatnaiknya itu.
Tidak seharusnya kita melamparkan tuduhan terhadap orang lain tanpa usul periksa. Apa komen anda?