Adik kepada usahawan dan pengacara Noor Neelofa iaitu Ameera Khan mendedahkan segala perbelanjaannya membeli-belah adalah menggunakan wang kedua ibu bapanya.
Mak ayah bagi duit ‘shopping’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ameera memberitahu meskipun dia sudah bekerja dan memiliki pendapatan sendiri tetapi ibu bapanya iaitu Noor Kartini dan Abdul Halim Khan tetap akan memberinya wang belanja.
Saya ada duit sendiri sebab saya bekerja. Tapi saya ada ibu bapa yang tak bagi saya guna duit sendiri. Mereka yang nak bagi saya berbelanja menggunakan duit mereka.
Sementara itu, Kartini yang berada di sebelah Ameera berpendapat bahawa wang yang dimiliki ibu bapa adalah untuk kegunaan anak-anak.
Kalau ada duit tapi tak spend dekat anak kita, nak spend dekat siapa lagi? Sedekah, dah tolong orang susah dan dah bagi dekat anak yatim, jadi kita bagi dekat anak kita.
Dalam pada itu, Ameera turut mendedahkan dirinya seorang yang sangat manja dengan ibunya malah dia sering menghubungi ibunya setiap kali dia bekerja di luar negara.
Saya selalu travel dengan mama tapi kalau mama tak ikut, saya akan sentiasa telefon mama. Saya akan buat panggilan video dan tunjuk dekat mama apa yang saya buat. Masa saya di Milan, saya telefon mama dan menangis. Saya cakap saya rindu mama.
Saya akan tanya mama dan beritahu mama semua benda sampai lelaki yang nak mengorat saya pun saya beritahu, kecuali hal membeli belah saya tak beritahu.
Saya akan beli dulu kemudian baru beritahu mama. Saya hanya guna kad mama dan kemudian baru dia tahu.