Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmeera Khan Hanya Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Yang Mampu Memberikan Nafkah Secukupnya...

    Ameera Khan Hanya Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Yang Mampu Memberikan Nafkah Secukupnya Atau Lebih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mengungkapkan pandangannya mengenai calon pasangan hidup.

    Dalam sebuah video TikTok, Ameera, yang juga adik kepada selebriti Neelofa, mengaku bahawa dia selesa memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan ketika berfikir tentang perkahwinan.

    Menurut Ameera, impiannya adalah untuk memiliki seorang suami yang dapat memberi nafkah setara atau lebih daripada apa yang diberikan oleh ibu bapanya.

    “Saya mahukan seseorang yang boleh memberi nafkah kepada saya seperti mana ibu bapa dan diri saya sendiri menanggung saya,” ujarnya. Jelasnya, dia ingin seorang lelaki yang dapat menyediakan apa yang dia perlukan, sama ada dari segi material mahupun sokongan emosi.

    Namun, Ameera menegaskan bahawa kriteria ini adalah pilihan peribadinya dan tidak boleh disamakan dengan kehendak wanita lain.

    “Setiap wanita itu berbeza. Bagi saya, insya-Allah, bila jodoh itu sampai, dia perlu tahu dia akan menanggung saya,” katanya.

    Dia juga menjelaskan bahawa jika lelaki yang dipilih tidak mampu memenuhi kriteria tersebut, maka pernikahan tidak seharusnya diteruskan. “Kalau awak tak mampu sediakan lagi, jangan bernikah,” tegasnya.

    Pandangan Ameera ini telah mendapat sokongan ramai netizen. Dalam ruangan komen, pengguna media sosial menyatakan bahawa memilih pasangan hidup yang sekufu dari segi latar belakang dan pemikiran adalah penting.

    Seorang netizen menyatakan, “Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Kena ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu halalkan perempuan yang berasal dari keluarga senang, cari yang setaraf.”

    Tidak dapat dinafikan bahawa isu sekufu dan pemberian nafkah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

    Ramai yang berpendapat bahawa pemilihan pasangan yang tepat dapat mengelakkan masalah dalam perkahwinan di masa hadapan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fazura Dipuji Netizen, Cetus Perhatian Ramai!-“Sangat Merendah Diri Apabila Dengan Orang Tua”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts