Perkongsian pempengaruh yang juga model, Ameera Khan mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi momen manis bersama kekasihnya yang merupakan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera menerusi hantaran di Instagram , dilihat berkongsi beberapa foto yang memaparkan aksi mesranya bersama Jefri sewaktu berada di Jakarta, Indonesia.
“LooOOoOoOoveEee ૮( ˶˃ ⤙ ˂˶)っ ♡.”-kapsyen Ameera di Instagram
View this post on Instagram
“Meera Ni Beria Nampak Sayangkan Jefri…”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi sesetengah netizen di ruangan komen yang berpendapat Ameera kelihatan terlalu beria menyayangi aktor Indonesia itu, malah ada yang menitipkan pesanan untuk tidak menghilangkan diri jika percintaannya terputus di tengah jalan.
“Meera ni beria nampak sayangkan Jefri. Moga Jefri ni serius dengan hubungan ni.”
“Babe kita ni perempuan, kita tak boleh tunjuk kita sayang lelaki tu lebih! Kemon!.”
“Kalau cinta kali ni tak bertahan lama, jangan hilang lagi macam dulu tau Ameera, nanti kami rindu.”
“Ni rasanya first time dia dapat bf yang caring dan sayang kat dia. Biar lah dia nak share her happiness kan. Kaya tak semestinya caring. Sekarang rasanya baby nak cari suami jenis macam ni.”
“Lelaki berpengalaman ayat dia lain macam tau, tu je aku nak cakap. Sebab diorang dah biasa.”
“Ni tak kahwin-kahwin siap eh, jangan pula Ameera Khan menghilang macam dulu, turn off Instagram. Tu aku tak nak.”
“Dah macam gi honeymoon.”
Apa komen anda?