Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmeera Khan Lebih Suka Personaliti Jejaka Seberang Berbanding Malaysia – ‘Orang Indonesia...

    Ameera Khan Lebih Suka Personaliti Jejaka Seberang Berbanding Malaysia – ‘Orang Indonesia Soft Spoken, Kalau Telefon Cakap Hi Cinta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ameera KhanAmeera Khan

    Pempengaruh terkenal, Ameera Khan memberitahu dia masih dalam proses mencari lelaki yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.

    Mencari yang tepat

    Ameera KhanAmeera Khan

    Mengakui usia masih muda, Ameera berkata, tidak salah untuk berkenalan dengan beberapa lelaki dan menilai yang mana satu memiliki kriteria yang tepat dan menepati ciri idaman.

    Ketika ini saya masih mencari lelaki yang tepat untuk diri saya. Umur saya juga masih muda iaitu 23 tahun.

    Jadi, saya tidak boleh tergopoh-gapah sekiranya jumpa seorang lelaki terus katakan dia adalah yang dicari selama ini, tidak begitu.

    Saya perlu mengenali beberapa lelaki untuk menilai mana yang ada potensi, mana yang lebih selesa berkawan, mana yang tak boleh pakai langsung.

    Ameera berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial, baru-baru ini.

    Indonesia ‘sweet’ sangat

    Henna ameera khan 2Henna ameera khan 2

    Dalam sesi sama, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa turut berkongsi pengalaman peribadi berkenalan dengan lelaki berasal dari Malaysia dan Indonesia.

    Kata Ameera, lelaki dari seberang lebih ‘sweet’ berbanding jejaka di Malaysia yang kebanyakkan membuat hubungan cinta menjadi toksik.

    Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir atau Malaysia. Saya kenal ramai yang dari Malaysia, mereka sangat baik.

    Tetapi orang Indonesia sangat ‘soft spoken’, memahami, ambil berat dan tidak toksik.

    Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang Malaysia apabila terlalu mencintai, hubungan itu lama-kelamaan akan jadi toksik.

    Orang Indonesia sangat ‘sweet’, kalau ketika sedang menelefon, dia akan panggil ‘hi cinta, tengah buat apa itu’. Saya suka begitu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts