Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmelia Christie Beri ‘Hint’ Sudah ‘Move On’? Peminat Titip Kata Semangat!

    Amelia Christie Beri ‘Hint’ Sudah ‘Move On’? Peminat Titip Kata Semangat!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini pelakon, Amelia Christie mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

    Amelia, menerusi hantaran di TikTok, yang memuatnaik beberapa foto dirinya sedang bersendirian di tepi pantai itu turut memberikan kapsyen seolah-olah dirinya yang mahu lebih menyayangi diri sendiri.

    “Ini adalah permulaan untuk menyanyangi diri sendiri, welcome home.”-kapsyen Amelia di TikTok

    Dibanjiri Kata-Kata Semangat

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat serta ramai yang berharap pelakon jelita berusia 24 tahun ini layak untuk bertemu dengan individu yang lebih baik.

    “You deserve better..”

    “Bak kata pepatah ‘mencintai tak semestinya memiliki’..”

    “Its okay Amelia. Lebih baik sakit sekarang, jangan kemudian hari bila dah bergelar isteri. Lagi makan hati kena ngadap gitu.”

    “Awak masih muda sayang. Dan awak layak dengan yang lebih baik. Stay strong ya cantik.”

    “Orang baru akan sentiasa kalah dengan orang yang selamanya terikat dengan masa lalu.”

    “Bagusnya awak lepas dari seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Cari yang lebih baik.”

    Terdahulu, tular spekulasi mengenai hubungan di antara Amelia dan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas mereka dikatakan saling ‘unfollow’ di Instagram.

    Dalam pada itu, Sharnaaz memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa dia tidak pernah mengiyakan mengenai hubungannya dengan pelakon berkenaan, serta berpendapat untuk bercerita mengenai kisah cinta ketika usianya yang sudah 40 tahun itu adalah merepek.

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts