Pelakon Amerul Affendi menyatakan bakal menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan untuk memenuhi impiannya sebagai seorang pensyarah.
Sambung belajar
Ketika ditemui , Amerul atau nama lengkapnya Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, akui didatangi artis baru untuk menuntut ilmu.
Innsya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan.
Saya nak mengajar dan jadi pensyarah.
Jadi, saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun.
Saya tak yakin untuk mengajar kerana perlu ilmu lain.
Selepas dapat master, saya sudah tahu nak ‘goreng’ macam mana.
Menurut Amerul, dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Amerul berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Starling Mall, pada Isnin.
Dalam pada itu, Amerul berkata, keputusan untuk mengikuti kursus ini sepenuh masa bukan ‘hint’ untuknya bersara daripada dunia lakonan.
Lakonan tetap nombor satu.
Hanya mahu kekal relevan.