Pasangan kembar yang juga pempengaruh yang dikenali sebagai Amin & Abid meluahkan rasa syukur selepas mereka dinobatkan sebagai salah seorang pemenang pada anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2024.
Pelajar kelas belakang boleh berjaya!
Ketika ditemui , Amin dan Abid tidak menyangka akan memenangi kategori tersebut memandangkan mereka merupakan pelajar kelas belakang sewaktu di bangku sekolah.
Kami bersyukur seribu rahmat kepada Allah, ibu ayah dan juga peminat yang telah memberikan kami peluang untuk tonjolkan bakat yang kami ada.
Sejujurnya, kami tak sangka kami boleh memenangi trofi ini.
Bila dapat anugerah kategori ‘education’ ini, sedikit sebanyak kami boleh buktikan bahawa pelajar di kelas belakang macam kami ini boleh berjaya.
Berada di kelas bawah juga bukanlah satu titik kegagalan tetapi jika kita rajin berusaha, insya-Allah akan adanya kejayaan. Terima kasih juga kepada TikTok kerana menghargai kami.
Amin dan Abid berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada TikTok Awards Malaysia 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Ahad.
TikTok resume digital
Ketika ditanya apakah nasihat yang boleh diberikan kepada anak muda yang mahu melibatkan diri dengan penciptaan kandungan di TikTok, pasangan kembar berusia 24 tahun ini menasihatkan golongan belia untuk menghasilkan ‘content’ yang bermanfaat.
Menurut mereka, ‘content’ bermanfaat yang dihasilkan dapat membuka mata orang luar mengenai bakat yang terpendam dan membantu mereka untuk berjaya di masa akan datang.
Pada kami, TikTok merupakan resume dan portfolio digital yang membolehkan kami untuk menunjukkan bakat dan ‘skill’ yang kami ada kepada mata-mata di luar sana.
Memandangkan kami belajar dan dalam masa yang sama berkecimpung dalam penciptaan kandungan di TikTok, kami pegang dengan satu moto.
Nasihat kami, gunakanlah platform TikTok ini sebaik mungkin.
Dalam masa yang sama, apa yang kami perasan ialah dengan pendidikan yang ada kami dapat menghasilkan ‘content’ yang bermanfaat.
Kalau seseorang itu buat ‘content’ yang tidak bermanfaat, sudah pasti tak akan kekal lama.
Sekadar info, Amin dan Abid berjaya mengetepikan lima calon yang lain untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori ‘Education Creator Of The Year’.
Untuk info, keputusan bagi memilih pemenang bagi kategori ini dibuat sepenuhnya oleh juri.