Penyanyi dan komposer, Amir Jahari muncul dengan album terbaharu berjudul ‘Kembali’.
Amir ‘Kembali’
Selama 13 tahun berlayar dalam indsutri muzik, Amir atau nama lengkapnya Mohamad Amirullah Jahari, 32, berkata, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ketiganya itu sarat dengan mesej murni.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini menyampaikan mesej tentang mengingati Tuhan, jangan bersikap riak atau bongkak, kehidupan dan ada juga menyentuh fasal keluarga.
Saya lebih suka berkarya yang menyentuh tentang keluarga, itulah saya sebagai seorang pencipta muzik. Lagu-lagu dalam album ini sangat versatil, pelbagai.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album ‘Kembali’ yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Pernah menyepi untuk tempoh beberapa tahun sebelum ini, pemenang Anugerah Juara Lagu 38 ini berjanji tidak akan ‘menghilangkan’ diri lagi, sebaliknya ingin terus berkarya menghiburkan peminat.
Dengan melancarkan album ini juga, saya berazam dan insya-Allah tidak akan hilang lagi dari dunia muzik. Semoga yang baik-baik Allah aturkan untuk kerjaya seni saya dan semua orang.
‘Kembali’ akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk saya dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik.
Album ‘Kembali’ meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.
‘Kembali’ memuatkan sejumlah 15 lagu yang mana 12 lagu baharu serta tiga lagu rakaman semula,
iaitu Hasrat yang menjuarai AJL 38.
Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk
AG Coco (Hujan).
Antara lagu yang terkandung adalah Hasrat 2024 (Versi AJL38), Kenangan, Belasungkawa, Aku Rindu, Ingin Pulang, S.K.B, Yang Satu, Percayalah Padaku, Dongak, Baginda, Cin-Ta, Terima Kasih, Aku Jalan Dulu, Hasrat 2023 (Versi Original) dan Tanpamu Re-Imagine (feat. Nana Sheme).