Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmir Jahari Kini Miliki Kereta Pertama, Nekad Bagi Keselesaan Untuk Anak –...

    Amir Jahari Kini Miliki Kereta Pertama, Nekad Bagi Keselesaan Untuk Anak – ‘Kalau Dulu, Aku Rasa Benda Ini Mustahil’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Amir Jahari mengumumkan berita gembira apabila berjaya memilik kereta pertamanya menerusi hantaran di Instagram (IG).

    Untuk keselesaan anak-anak

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Amir Jahari (@amirjaharimuzik)

    Menerusi hantaran tersebut, Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari memaklumkan pembelian kereta tersebut adalah untuk memberikan keselesaan buat anak-anaknya terutama sekali bila melibatkan perjalanan yang jauh.

    Kalau dulu, aku rasa benda ni mustahil.

    Tapi bila aku nekad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami travel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, perlahan-lahan, aku nampak jalannya.

    Namun begitu, pelantun lagu ‘Hasrat’ itu menjelaskan bahawa kereta jenis Perodua Alza itu dibeli bukanlah hasil daripada duit kemenangan AJL38.

    Tidak, (pembelian kereta) ini bukan dari duit kemenangan AJL38. Orang kata, AJL38 merupakan titik permulaan perubahan aku, pun bukan.

    Sebelum ni aku susah bukan sebab aku malas. Bukan sebab aku memilih untuk bekerja. Macam-macam juga kerja aku buat.

    Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga. Aku pernah minta kerja dengan Luncai Emas tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay.

    Kematian ayah jadi ‘turning point’

    Jelas Amir, titik permulaan dirinya mula kembali bermain muzik adalah selepas dirinya kehilangan ayahanda tercinta.

    ‘Turning point’ aku bermula pada tahun bapa aku meninggal, aku main muzik balik.

    Aku buat ‘tour’ walaupun tak ada modal. Banyak aku fikir dan banyak aku belajar.

    Aku makin serius menyimpan dan aku mula belajar tentang investment.

    Hantaran tersebut turut meraih perhatian wargamaya serta rakan artis yang lain.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kita Kena Reda & Sabar, Apa Yang Terjadi Adalah Perkara Yang Tak Dijangka’ – Fattah Amin

    Menjengah ke ruangan komen, mereka menitipkan ucapan dan ada yang menyifatkan Amir sebagai seorang pengguna yang bijak kerana membeli kereta yang tidak terlalu mewah sebagai kenderaan pertamanya dan keluarga.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts