Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmir Jahari Nasihat Individu Berdepan Masalah Mental Dapatkan Rawatan Profesional – ‘Hanya...

    Amir Jahari Nasihat Individu Berdepan Masalah Mental Dapatkan Rawatan Profesional – ‘Hanya Psikiatri Faham Psikologi, Dalam TikTok Tiada Jawapan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Amir JahariAmir Jahari

    Penyanyi Amir Jahari menasihati individu yang berdepan masalah mental untuk mendapatkan rawatan dengan pihak profesional seperti doktor dan psikiatri sekiranya berasa gelisah.

    Jumpa pihak profesional

    Amir JahariAmir Jahari

    Amir atau nama lengkapnya Mohamad Amirullah Jahari, 32, berkata, golongan yang mengalami masalah tersebut tidak akan menemui jawapan di sosial media bagi menyelesaikan penyakit mereka.

    Nasihat saya kepada anak-anak di luar sana, jika setiap kali rasa tak selasa atau pelik dengan diri sendiri, tolong hubungi orang terdekat, boleh hubungi MIASA (Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental) atau terus pergi hospital.

    Dapatkan bantuan pihak yang profesional tentang masalah mental, sebab pesakit mental tidak akan jumpa jawapan di TikTok atau sosial media.

    Jawapan yang dicari hanya pada psikiatri kerana mereka yang faham psikologi. Mereka tahu masalah ini dan boleh bantu anda.

    Amir berkongsi pandangannya itu ketika ditemui di sidang media pelancaran album terbaharunya berjudul Kembali yang berlangsung di The Curve, Damansara pada Rabu.

    Faktor sekeliling

    Amir JahariAmir Jahari

    Berkongsi lebih lanjut, juara Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) ini tidak menolak faktor sekeliling juga menjadi punca kepada masalah mental.

    Itu perkara biasa, Malaysia baru sahaja Merdeka 67 tahun dan boleh dikatakan sistem di negara ini masih ‘bayi’ (baharu) berbanding Eropah, China dan sebagainya.

    Jadi, perkata berkaitan kesedaran mental, falsafah, pendidikan dan lain-lain, kita masih di belakang. Saya tahu kerajaan juga sekarang banyak melakukan inisiatif ke arah itu.

    Antara salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah mental terjadi adalah kerana sosial media juga.

    Kanak-kanak ini mungkin terlalu dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk terus belajar, jadi apabila sudah dewasa baru mereka menunjukkan kesan dan masalah mental.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Hasrat ini juga berharap ibu bapa dapat memainkan peranan mereka dengan memantau keadaan anak-anak.

    Zaman sekarang sangat bahaya terutama genearasi baharu. Ramai orang yang hanya Islam di I.C (kad pengenalan) dan belajar di sekolah, tetapi tidak diamalkan dalam hidup.

    Apa pun kembali kepada ibu bapa, jika ibu bapa baik maka anak-anak juga akan baik.

    ALSO READ:  [FOTO] ‘Tak Semua Rindu Itu Mampu Diluah Dengan Kata-Kata’ – Patimah Ismail

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts